Wednesday, May 23, 2012

Permukaan tasik yang agak gelap saya letak pada zon 3. Bacaan aperture pada kamera adalah f11 dan kelajuan shutter adalah 1/4. Apa yang saya lakukan adalah mengurangkan kemasukkan cahaya dengan menambah kelajuan shutter kepada 1/16. Ini bersamaan dengan 2 stops. Ini bagi memastikan kawasan permukaan air adalah gelap dan berada di dalam zon 3 dan bukannya zon 5.

Tuesday, May 22, 2012

Foto Istana Negara Lama

Ini adalah di antara foto yang di ambil ketika saya melawat Istana Negara Lama pada hujung minggu lepas. Untuk mendapat foto ini saya menggunakan kamera Nikon F801s, lensa Nikon AF 35-70, filter merah #25 dan segulung filem Lucky SHD 100. Fokus saya adalah pada cermin istana yang berwarna gelap. Di situ saya meletakkan zon 2 dan saya mengurangkan mengurangkan jumlah cahaya sebanyak 3 stops. Ini kerana kamera akan menganggap kawasan cermin istana adalah dalam kawasan zon 5 iaitu zon kelabu. Filter merah #25 adalah untuk menyerlahkan lagi tekstur awan dan langit agar lebih gelap.

Wednesday, May 16, 2012

Pengiraan Dedahan Filem

Ansel Adams merupakan ahli fotografi yang terkenal di Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah sistem zone. Kaedah ini adalah bagi menentukan setiap dedahan adalah tepat. Dedahan terbahagi kepada 11 sistem zon yang mana zon ke 5 adalah zon kelabu. Zon 0 adalah zon hitam manakala zon 10 adalah zon putih.Kamera kita tidak mampu untuk melihat seperti mana mata kita melihat. Apa yang dilihat oleh kamera walau pun objek itu hitam kamera akan menganggap objek tersebut adalah kelabu.Apabila kita mengambil gambar objek putih yang berlatar belakang hitam, kamera akan menambah jumlah cahaya kerana beranggapan suasana adalah dalam keadaan gelap. Maka objek yang kita focus akan menjadi kelabu.Bagi mendapat dedahan filem yang tepat kita perlu melihat dan mencari bebayang yang mepunyai tekstur yang lengkap. Bebayang yang mempunyai tekstur yang lengkap adalah berada pada zon 3. Walaupun bebayang tersebut berada pada zon 3 tetapi kamera meletaknya pada zon 5. Apa yang kita perlu laku bila berhadapan dengan situasi ini adalah mengurangkan kemasukkan cahaya ke dalam kamera. Bagaimana? Tambah kelajuan shutter atau kurang size aperture sebanyak 2 stops. Dengan ini bebayang tersebut kan berada di dalam zon yang sepatutnya.