Fotografi
Blog ini diadakan untuk mengembalikan era kegemilangan penggunaan filem di kalangan peminat kamera. Era yang telah dilupakan seiring dengan perkembangan teknologi digital
Wednesday, May 23, 2012
Permukaan tasik yang agak gelap saya letak pada zon 3. Bacaan aperture pada kamera adalah f11 dan kelajuan shutter adalah 1/4. Apa yang saya lakukan adalah mengurangkan kemasukkan cahaya dengan menambah kelajuan shutter kepada 1/16. Ini bersamaan dengan 2 stops. Ini bagi memastikan kawasan permukaan air adalah gelap dan berada di dalam zon 3 dan bukannya zon 5.
Tuesday, May 22, 2012
Foto Istana Negara Lama
Ini adalah di antara foto yang di ambil ketika saya melawat Istana Negara Lama pada hujung minggu lepas. Untuk mendapat foto ini saya menggunakan kamera Nikon F801s, lensa Nikon AF 35-70, filter merah #25 dan segulung filem Lucky SHD 100. Fokus saya adalah pada cermin istana yang berwarna gelap. Di situ saya meletakkan zon 2 dan saya mengurangkan mengurangkan jumlah cahaya sebanyak 3 stops. Ini kerana kamera akan menganggap kawasan cermin istana adalah dalam kawasan zon 5 iaitu zon kelabu. Filter merah #25 adalah untuk menyerlahkan lagi tekstur awan dan langit agar lebih gelap.
Wednesday, May 16, 2012
Pengiraan Dedahan Filem
Ansel Adams merupakan ahli fotografi yang terkenal di Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah sistem zone. Kaedah ini adalah bagi menentukan setiap dedahan adalah tepat. Dedahan terbahagi kepada 11 sistem zon yang mana zon ke 5 adalah zon kelabu. Zon 0 adalah zon hitam manakala zon 10 adalah zon putih.Kamera kita tidak mampu untuk melihat seperti mana mata kita melihat. Apa yang dilihat oleh kamera walau pun objek itu hitam kamera akan menganggap objek tersebut adalah kelabu.Apabila kita mengambil gambar objek putih yang berlatar belakang hitam, kamera akan menambah jumlah cahaya kerana beranggapan suasana adalah dalam keadaan gelap. Maka objek yang kita focus akan menjadi kelabu.Bagi mendapat dedahan filem yang tepat kita perlu melihat dan mencari bebayang yang mepunyai tekstur yang lengkap. Bebayang yang mempunyai tekstur yang lengkap adalah berada pada zon 3. Walaupun bebayang tersebut berada pada zon 3 tetapi kamera meletaknya pada zon 5. Apa yang kita perlu laku bila berhadapan dengan situasi ini adalah mengurangkan kemasukkan cahaya ke dalam kamera. Bagaimana? Tambah kelajuan shutter atau kurang size aperture sebanyak 2 stops. Dengan ini bebayang tersebut kan berada di dalam zon yang sepatutnya.
Monday, March 5, 2012
Aperture
Aperture adalah kawalan bukaan sesebuah lensa. Aperture akan menentukan jumlah cahaya yang yang akan diterima oleh sensor. Saiz bukaan aperture di kawal menerusi pengawalan diafram yang akan terbuka dan tertutup. Diafram ini terletak di dalam lensa. Di dalam seni fotografi aperture diukur didalam unit yang dikenali sebagai 'stops'. Perlu di ingat semakin kecil nombor bacaan aperture semakin besar saiz aperture.Apabila nombor f/stop meningkat jumlah kemasukkan cahaya berkurangan. Setiap 'f/stop' mewakili sekali ganda atau separuh jumlah kemasukkan cahaya.
f/1.4 f/2.8 f/4 f/5.6 f/8 f/11 f/16 f/22 f/32
Tuesday, February 14, 2012
Dedahan

Untuk menguasai fungsi sebuah kamera sama ada kamera digital mahu pun kamera filem hubungkait di antara aperture, kelajuan shutter dan ISO perlu diketahui. ketiga-tiga faktor ini memainkan peranan di dalam menentukan tahap dedahan. Sama ada dedahan tersebut di dalam keadaan terlebih dedahan (overexposed), terkurang dedahan (underexposed) atau normal. Terlebih dedahan menyebabkan gambar menjadi terlebih cerah dan terkurang dedahan menyebabkan gambar menjadi gelap. Gambar yang terbaik adalah dalam lingkungan julat dinamik.Berdasarkan buku oleh Ansell Adam yang membahagi dedahan di dalam sistem zon. Terdapat 10 zon di dalam sistem ini. Zon hitam di zon 0,1 dan 2. Zon putih di zon 9 dan 10. Manakala zon yang menpunyai tekstur terletak di dalam zon 3, 4, 5, 6,7, 8 dan 9. Zon 0 adalah tersangat putih dan zon 10 tersangat hitam. Warna hitam pada gambar yang anda ambil perlu berada di dalam zon 2 atau 3. Warna putih di di dalam zon 9 dan ke bawah. Zon 0,1 dan 10 tidak mempunyai sebarang tekstur.
Friday, February 10, 2012
Kamera Filem Saya

Kamera berjenama Yashica adalah kamera filem pertama saya yang di beli pada tahun 1988. Kamera ini masih boleh berfungsi dengan sempurna hingga ke hari ini. Kini saya mengunakan kamera Nikon FG20. Kamera ini mula dipasarkan pada tahun 1983 boleh dikawal secara manual dan automatik didalam mode aperture. Kamera saya gunakan bersama lensa sigma 28-70mm. Lensa ini difokus secara manual hingga split-image didalam view finder bertemu.
Format Filem


Terdapat 3 jenis format filem
1.35mm
2.medium format
3.large format
Kebanyakkan filem yang terdapat di pasaran terdiri daripada jenis filem 35mm. Filem 35mm hanya boleh diguna pada kamera 35mm sahaja. 35mm adalah ukuran kelebaran filem tersebut.Filem ini mempunyai jumlah dedahan 12, 24 dan 36. Manakala filem medium format pula mempunyai kelebaran 65mm. Terdapat dua jenis kategori untuk filem format ini; 120 dan 240.Gambar yang dihasilkan oleh filem medium format dikatakan lebih sempurna berbanding dengan filem 35mm.Filem medium format hanya boleh digunakan pada camera bersaiz medium format sahaja. Filem large format diguna oleh jurugambar profesional. Tidak seperti mana 35mm dan medium format dalam bentuk gulungan, filem large format adalah dalam bentuk kepingan.Saiz yang biasa digunakan adalah 4"x5".
Subscribe to:
Posts (Atom)


