Wednesday, May 23, 2012

Permukaan tasik yang agak gelap saya letak pada zon 3. Bacaan aperture pada kamera adalah f11 dan kelajuan shutter adalah 1/4. Apa yang saya lakukan adalah mengurangkan kemasukkan cahaya dengan menambah kelajuan shutter kepada 1/16. Ini bersamaan dengan 2 stops. Ini bagi memastikan kawasan permukaan air adalah gelap dan berada di dalam zon 3 dan bukannya zon 5.

Tuesday, May 22, 2012

Foto Istana Negara Lama

Ini adalah di antara foto yang di ambil ketika saya melawat Istana Negara Lama pada hujung minggu lepas. Untuk mendapat foto ini saya menggunakan kamera Nikon F801s, lensa Nikon AF 35-70, filter merah #25 dan segulung filem Lucky SHD 100. Fokus saya adalah pada cermin istana yang berwarna gelap. Di situ saya meletakkan zon 2 dan saya mengurangkan mengurangkan jumlah cahaya sebanyak 3 stops. Ini kerana kamera akan menganggap kawasan cermin istana adalah dalam kawasan zon 5 iaitu zon kelabu. Filter merah #25 adalah untuk menyerlahkan lagi tekstur awan dan langit agar lebih gelap.

Wednesday, May 16, 2012

Pengiraan Dedahan Filem

Ansel Adams merupakan ahli fotografi yang terkenal di Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah sistem zone. Kaedah ini adalah bagi menentukan setiap dedahan adalah tepat. Dedahan terbahagi kepada 11 sistem zon yang mana zon ke 5 adalah zon kelabu. Zon 0 adalah zon hitam manakala zon 10 adalah zon putih.Kamera kita tidak mampu untuk melihat seperti mana mata kita melihat. Apa yang dilihat oleh kamera walau pun objek itu hitam kamera akan menganggap objek tersebut adalah kelabu.Apabila kita mengambil gambar objek putih yang berlatar belakang hitam, kamera akan menambah jumlah cahaya kerana beranggapan suasana adalah dalam keadaan gelap. Maka objek yang kita focus akan menjadi kelabu.Bagi mendapat dedahan filem yang tepat kita perlu melihat dan mencari bebayang yang mepunyai tekstur yang lengkap. Bebayang yang mempunyai tekstur yang lengkap adalah berada pada zon 3. Walaupun bebayang tersebut berada pada zon 3 tetapi kamera meletaknya pada zon 5. Apa yang kita perlu laku bila berhadapan dengan situasi ini adalah mengurangkan kemasukkan cahaya ke dalam kamera. Bagaimana? Tambah kelajuan shutter atau kurang size aperture sebanyak 2 stops. Dengan ini bebayang tersebut kan berada di dalam zon yang sepatutnya.

Monday, March 5, 2012

Aperture

Aperture adalah kawalan bukaan sesebuah lensa. Aperture akan menentukan jumlah cahaya yang yang akan diterima oleh sensor. Saiz bukaan aperture di kawal menerusi pengawalan diafram yang akan terbuka dan tertutup. Diafram ini terletak di dalam lensa. Di dalam seni fotografi aperture diukur didalam unit yang dikenali sebagai 'stops'. Perlu di ingat semakin kecil nombor bacaan aperture semakin besar saiz aperture.Apabila nombor f/stop meningkat jumlah kemasukkan cahaya berkurangan. Setiap 'f/stop' mewakili sekali ganda atau separuh jumlah kemasukkan cahaya. f/1.4 f/2.8 f/4 f/5.6 f/8 f/11 f/16 f/22 f/32

Tuesday, February 14, 2012

Dedahan


Untuk menguasai fungsi sebuah kamera sama ada kamera digital mahu pun kamera filem hubungkait di antara aperture, kelajuan shutter dan ISO perlu diketahui. ketiga-tiga faktor ini memainkan peranan di dalam menentukan tahap dedahan. Sama ada dedahan tersebut di dalam keadaan terlebih dedahan (overexposed), terkurang dedahan (underexposed) atau normal. Terlebih dedahan menyebabkan gambar menjadi terlebih cerah dan terkurang dedahan menyebabkan gambar menjadi gelap. Gambar yang terbaik adalah dalam lingkungan julat dinamik.Berdasarkan buku oleh Ansell Adam yang membahagi dedahan di dalam sistem zon. Terdapat 10 zon di dalam sistem ini. Zon hitam di zon 0,1 dan 2. Zon putih di zon 9 dan 10. Manakala zon yang menpunyai tekstur terletak di dalam zon 3, 4, 5, 6,7, 8 dan 9. Zon 0 adalah tersangat putih dan zon 10 tersangat hitam. Warna hitam pada gambar yang anda ambil perlu berada di dalam zon 2 atau 3. Warna putih di di dalam zon 9 dan ke bawah. Zon 0,1 dan 10 tidak mempunyai sebarang tekstur.

Friday, February 10, 2012

Kamera Filem Saya


Kamera berjenama Yashica adalah kamera filem pertama saya yang di beli pada tahun 1988. Kamera ini masih boleh berfungsi dengan sempurna hingga ke hari ini. Kini saya mengunakan kamera Nikon FG20. Kamera ini mula dipasarkan pada tahun 1983 boleh dikawal secara manual dan automatik didalam mode aperture. Kamera saya gunakan bersama lensa sigma 28-70mm. Lensa ini difokus secara manual hingga split-image didalam view finder bertemu.

Format Filem



Terdapat 3 jenis format filem
1.35mm
2.medium format
3.large format
Kebanyakkan filem yang terdapat di pasaran terdiri daripada jenis filem 35mm. Filem 35mm hanya boleh diguna pada kamera 35mm sahaja. 35mm adalah ukuran kelebaran filem tersebut.Filem ini mempunyai jumlah dedahan 12, 24 dan 36. Manakala filem medium format pula mempunyai kelebaran 65mm. Terdapat dua jenis kategori untuk filem format ini; 120 dan 240.Gambar yang dihasilkan oleh filem medium format dikatakan lebih sempurna berbanding dengan filem 35mm.Filem medium format hanya boleh digunakan pada camera bersaiz medium format sahaja. Filem large format diguna oleh jurugambar profesional. Tidak seperti mana 35mm dan medium format dalam bentuk gulungan, filem large format adalah dalam bentuk kepingan.Saiz yang biasa digunakan adalah 4"x5".

Thursday, February 9, 2012

Ciri-Ciri Filem


Ciri-ciri filem ditentukan oleh:
1. kelajuan filem sama ada ISO 50, 100, 125 atau sebagainya
2. 'Contrast' perbezaan antara satu tahap kecerahan ke satu lagi tahap kecerahan
3. 'Grain' tahap kebintikkan meningkat apabila filem ISO yang tinggi digunakan
4. Tone

Filem Hitam Putih


Lapisan filem hitam putih terdiri daripada asas yang diselaputi oleh emulsion yang amat nipis. Emulsion ini adalah sejenis kimia yang mengandungi komponen silver halide crystal yang amat sensitif terhadap kehadiran cahaya. Komponen ini dilindungi oleh satu lapisan pelindung terhadap kecalaran. Terdapat satu lagi lapisan yang akan meningkatkan ketajaman setiap imej, lapisan ini dikenali sebagai antihalation.

Filem


Kini dengan perkembangan teknologi digital penggunaan kamera filem bagai telah dilupakan.Hanya segelintir kecil peminat kamera filem yang masih kekal dengan kaedah lama ini.
Pemilihan Filem.
Filem yang hendak dibeli biasanya dipilih berdasarkan kepada kelajuan filem. Semakin tiggi kelajuan filem tersebut semakin meningkat kesensitifan filem terhadap cahaya. Kelajuan filem diukur berdasarkan nombor ISO. Semakin tinggi nombor ISO semakin sensitif filem terhadap cahaya.Anda memerlukan filem ISO 400 dan ke atas jika anda mengambil gambar di dalam rumah atau diketika pencahayaan yang kurang. Manakala ISO 200 dan kebawah digunakan pada luar rumah atau lokasi yang mempunyai pencahayaan yang cukup.Kebanyakkan gambil yang saya ambil adalah menggunakan filem hitam putih yang mempunyai ISO 100 buatan dari negara China. Filem ini mempunyai tarikh luputnya. Untuk memanjangkan tempoh hayatnya saya akan menyimpannya didalam peti ais.

Kamera Hybrid


Kamera hybrid berada di pertengahan di antara rekabentuk sebuah kamera SLR dan kompak. Ciri kendalian seperti kamera SLR tetapi bersaiz kecil dan ringan.Lensa kamera hybrid juga bolah ditukar ganti.Boleh dipasang dengan akseksori luaran seperti flash. Antara model yang popular di pasaran kini adalah Sony Nex-5N, Panasonic Lumix GF3 dan Nikon J1.

DSLR


DSLR yang merupakan singkatan daripada perkataan 'digital single reflex lens'.Kamera jenis ini menggunakan lensa untuk mendapat pandangan di dalam 'view finder'.DSLR juga mempunyai paparan LCD yang memudahkan anda untuk mengambil gambar dan untuk melihat kembali gambar yang telah diambil. Antara kelebihannya berbanding dengan kamera yang berkonsep 'point and shoot' lensa DSLR ini boleh ditukar ganti pada sebarang masa. Anda boleh menggunakan lensa makro untuk mengambil gambar objek yang kecil. Manakala lensa telefoto digunakan untuk memfokus dan mengambil gambar dari jarak jauh.DSLR mempunyai kelebihan untuk mengawal dedahan cahaya, kawalan fokus, keseimbangan warna dan pelbagai lagi fungsi yang kreatif.

Wednesday, February 8, 2012

Kamera Kompak


Jenis kamera ini diguna secara meluas dengan terdapat pelbagai jenis rekabentuk dan saiz. Kebanyakkan kamera ini menggunakan paparan LCD di bahagian belakang sebagai 'view finder'.Pelarasan menu dan kawalan yang lain juga di paparkan pada LCD ini. Terdapat juga kamera jenis ini yang merangkumkan 'view finder' sebagai salah satu komponen utama.